Sunday, March 29, 2009

waaaaa....

salam alaik...

huh..penat betol arini..rase cam otak nie dah saturated gile...kena tuka ram n slalu update nmpknya..heheh...moga2...tuhan memberikan aq kemudahan dlm melaksanakan tugasan harian ku..amin~

erm...tiba2 cam tringat kat uma lak...wakakaa..bukan homsick..tp tringat je [[bkn kah same je itu?]]..ngeee~~ tadek laa..rindu plak kat my nephew..dulu mase cuti...24 hours duk layan kerenah bdak kecik tu je..walopon kadang2 aksi2 nya agak melampau...sabo je laaa...hahhaa...

bile sir shekar suruh nyanyi lagu hindi nie...makin la ingat kat danish..die minat sgt lagu industan nie...yg plg rindu...nak dgr die nyanyi lagu hindi sambil meniru gerak geri pelakon industan tu.. agk mencuit hati...fun n so superb...hehee...aq pon xdpt nk nyanyi n menari cam die..haha... [[nanti boley la danish ajar cik su ya]]...kua3...

mase duk uma dulu...aq slalu je kena buli ngan budak kecik tu..skunk kes buli dah x tgk umo da...budak kecik buli org besau..ada ka patot...hua3..tp tape...at least aq tadek la boring sgt kat uma tu...danish suka je paksa aq main game tuk die coz die x pandai main..hahaha...main2 je kalah...tu die fed up tu...so...aq la mangsanya..tp bijak gak bdk nie..tyme aq main tu,,kalo die nampak cam ade chance nak menang je...die teros mengamuk2 nak sambung main yg aq punya... aduyai~ bdk2...ape die taw...hiqk3....

mcm mane agk nya die kat uma skunk..uhuhuh..mesti die x ingat aq da...waaa...sedih2... asal aq call je..die tamau cakap..waaaa...mase mula2 aq dtg ktt,,die slalu ja duk cari aq dlm bilik kat uma nuh...nak kejut aq tido katanya[[nmpak sgt cik su die ni suka tido]]..wawawa..kantoi~ slalu je die tanye mak..."ma tok,,bile cik su nak balik dr skola nie?lama btol cik su p skola..nanti mlm baru cik su sampai ya?"...mak aq juz kata..."skola cik su jauh la abang..nanti cuti cik su balik la".. waaaa....rase nak nangis lak...huhuhu..cover2..heheh...

1 lg benda yg aq xbleyh lupa pasal ank sdara kesayangan ku ini ialah,,die nie suka gak melawa.. hehehhe...suka jewk suruh aq taruk gel kat rambut die..kalo pikir2 budak umo 5 taon mane la taw nak jadik smart2 nie..hua3...kalo rambut die dah pacak,,die x kasik pon org lain sentuh.. hahaha..sensitive giler..apepun,,aq tetap suka n syg kat anak buah ku ini..huhuhuhuh...
emo r plak...dah2...study tyme..hik3...

ta..

saYa dah d sini...

assalamualaikum...

lame btol x update blog ini..hahaha..kemalasan terserlah...

erm...dah dekat 1 week aq di ktt..maseh bersama housmate yg lame [[huda n aina]] tp ade pendatang baru nampaknye..[[soRry ya dila yg santek]]..hahaha....

kali nie,,aq datang ke ktt dgn penuh azam...hahaha..antara nya tamau balek uma tyme weekend lg...hua3...kita tunggu n lihat sama ada azam ku ini dpt dtunaikan atau tidak...hehehe... [[to housmate2 ku,,siler kasek mental support supaya sy x homsick lg]]...lalalala....

erm....erm...ermmm... dan erm....
hahahhaa..dah blur...huk3...
blajo bhsa nie mmg best n berguna..tp rase cam berbelit2 gak lidah ku ini..hehehe...
susah nie nak dpt chance mcm nie...rase beruntung gak...syukur alhamdulillah~

huh..tgh penat sebenonya nie..rase cam dah x larat nak menaip lg...
dgn segala hormatnya,,sy mengistiharkan,,sy nk berundur dulu..hehehee...

ta...

Sunday, March 8, 2009

Antara sahabat dan ikhwan...

assalamualaikum...salam maulidur rasul 1430H tuk semua... herm... pagi nie aq nak cerita sket pasal " antara sahabat dan ikhwan" sempena hari yg penuh bermakna ini...harap sahabat2 semua dapat menghayati kisah ini~

pada suatu hari terjadi suatu percakapan antara Nabi s.a.w dgn Abu Bakar As-siddiq. sahabat2 yg lain pun ade mendengarkannya.

"wahai Abu Bakar,begitu rinduku herdak bertemu dengan saudara-saudaraku (ikhwan)," berkata Nabi s.a.w.

"wahai Rasullullah,bukankah kami ini teman2 engkau?" jawab Abu Bakar.

"bukan!" jawab Nabi.

"kamu ini adlh sahabat2ku," selanjutnya nabi berkata dan menegaskannya.

keterangan Nabi itu sgguh menghairankan Abu Bakar, juga sahabat2 lain yg hadir. apakah bezanya antara sahabat dan ikhwan,siapakah yg dimaksudkan Nabi s.a.w itu dgb penuh kerinduan? demekian persoalan bermain dalam fikiran mereka dan suasana percakapan menjadi lebih serius kerana masing2 ingin tahu mengenainya, malahan ini persoalan yg belum pernah mereka dgr dari Nabi s.a.w.

Nabi segera memahami suasana yg ada bila keterangan baginda mengejutkan Abu Bakar dan sekalin sahabat yg ada di majlis itu. maka segeralah baginda menghuraikannya.

"ikhwan (saudara-saudara) ku"

"mereka belum pernah melihat aku,tetapi mereka beriman dgn aku sbg Rasulullah dan mereka mencintaiku. aku dicintai melebihi anak dan org2 tua mereka"

"ya Rasulullah,bukankan kami ini ikhwan engkau?"bertanya sahabat baginda,mereka masih merasa hairan dan ingin tahu penjelasan Nabi s.a.w selanjutnya.

"kamu semua adalah sahabat-sahabatku" jelas Nabi.

"wahai Abu Bakar,adakah engkau tidak akn merindui ikhwan ku itu kerana mereka juga mencintai engkau kerana engkau sahabatku?" jelas Nabi.

begitulah Nabi s.a.w menerangkan bahawa mereka itu umat sesudah wafatnya baginda. mereka itu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya walaupun mereka tidak pernah bertemu dgn baginda. mereka membaca al-quran dan hadits kerana mencintai Nabinya sebgai Rasul Allah yg penghabisan. mereka juga mencintai Abu Bakar dan sahabat2 Nabi yg berjuang menegakkan agama Islam.

dalam satu waktu yg lain, baginda membicarakan kepada sahabat2 tentang kemurnian iman ikhwan dan sekali lagi mereka menjadi kehairanan.

"siapakah makhluk Allah yg paling ajaib imannya?" demikian Nabi s.a.w bertanya kpd sahabat.

"malaikat," jawab mereka.

"bagaimana malaikat tidak beriman dgn Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah?" jawab baginda.

"para Nabi" jawab mereka lagi.

"bagaimana para Nabi tidak akan beriman sedangkan wahyu diturunkan kpd mereka?" Nabi saw membantah jawapan mereka.

"kami" jawab sahabat lagi.

"bagaimana kamu tidak akan beriman sedangkan aku berada di tengah2 kamu?" jwb Nabi saw.

betapa hairannya para sahabat mendengarkan jawapan2 Nabi saw itu dan mereka sudah cukup dapat memahaminya. manakala Nabi sedia maklum betapa mereka amat ingin mengetahui siapakah makhluk ini,yg paling ajaib imannya.

"makhluk yg plg ajaib imannya ialah mereka yg hidup sesudah aku. mereka membaca Quran dan beriman dgn semua isinya."

Nabi s.a.w pernah menegaskan lagi tentang kemurnian iman ikhwan ini dlm sabdanya: "berbahagialah org yg dpt berjumpa dan beriman dgn aku. dan berahagialah tujuh kali org2 yg beriman dgb aku,tetapi tidak pernah berjumpa dgn aku"

demikian Nabi s.a.w mencintai ikhwan itu.

sekian.ta.

4 my friendS~


tyme boring2 tu..saye suka cut2 pic nieyh..hehehe...xtaw la tabiat dtg dari mane..haha...













thanks huda~

Ketahuilah olehmu sahabatku...




Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia... Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.


Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedihnya...Allah SWT sudahpun menghitung airmatamu.


Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu sahaja ... Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.


Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menghubungimu...Allah SWT selalu berada disampingmu.


Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segala-galanya dan tidak tahu hendak membuat keputusan ... Allah SWT punya jawapannya.


Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau mula merasa tertekan...Allah SWT dapat menenangkanmu.


Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...Allah SWT sedang berbisik kepadamu


Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucapkan kesyukuran,Allah SWT telah memberkatimu.


Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban,Allah SWT telah tersenyum kepadamu.


Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi,Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu


Maka ingatlah..walau dimanapun, atau kemanapun kau menghadap... Allah SWT TAHU..

Saturday, March 7, 2009

Suara dari langit..




Salam alaik...



jom bace kisah nie... bleyh la jugak isi masa lapang..hehehe....
selamat menghayati....

Musim kemarau sedang dalam puncaknya. Hujan sudah lame tak turun. Panas matahari membuat bumi kering n retak2. Org2 mengkhawatirkan kebun dan tanaman mereka. Jika keadaan terus berlansung, mereka tak akan menemukan bahan makanan dan minuman. Kambing, sapi, unta dan ternakan mereka juga tidak akan mendapatkan makanan dan minuman. Akhirnya, adalah kematian..




Org2 memandang ke langit. Mereka tidak menemukan setitik mendung pun yg menberikan tanda hujan akan turun. Org2 sedih.. Mereka berdoa kepada Allah agar menurunkan hujan..




Seorang lelaki dari mereka berkata, " Aku akan pergi ke daerah selatan. aku ada 1 urusan penting d sana."




lelaki itu pin berjalan melewati padang pasir. jalan yg membelah padang pasir itu sepi sekali.. tidak satu org pun lewat d sana kecuali dirinya..




panas terasa menyengat.. sesekali, angin kencang bertiup membuat debu dan pasir beterbangan. ia terus berjalan ke selatan..




di tengah perjalanan, dia merasa ada sesuatu yg bergerak di langit. lalu, dia memandang kelangit dan melihat awan perlahan-lahan berkumpul, hingga menjadi mendung. mendung itu, semakin lama semakin tebal, seolah mau menutupi seluruh langit. bukan main gembira lelaki tersebut melihat mendung tebal itu..




" sebentar lagi akan turun hujan," katanya dalam hati..




tiba2 lelak itu mendengar suara dari langit, " siramilah kebun saleh! "




dia nyaris tak percaya dgn ape yg didengarnya.. lelaki itu terus berjalan sambil sambil berfikir dari mana datangnya suara td.. siapakah yg berkata tadi..bisik hatinya..




tak lama setelah itu, dia kembali mendengar suara menggelegar dari arah mendung yg bergumpal-gumpal, "siramilah kebun saleh!"




seketika itu,lelaki tersebut memberhentikan langkahnya. dia memandang ke arah sekitar. namun, dia tidak menemukan sesiapa pun, kecuali bentangan padang pasir yg mahaluas..




lelaki itu berkata pd dirinya sendiri, " Ya Ilahi! di sini tidak ada org lain selain diriku, adakah suara itu benar2 dtg dari atas sana, dari arah mendung itu? atau aku sedang berkhayal yg bukan2?"




tiba2 lelaki itu mendengar suara menggema untuk ketiga kalinya, "siramilah kebun saleh!"




mendung itu lalu bergumpal-gumpal. beberapa awan yg masih tercecer, perlahan menyatu. kemudian, mulailah gerimis turun dan menjadi hujan yg lebat..




lelaki itu berkata, " subhanallah, suara itu datang dari sela-sela mendung. aku yakin itu."




air yg turun ke bumi itu bertemu dlm 1 aliran. lama kelamaan aliran itu membesar hingga menjadi selokan yg mengalir deras. air itu mengalir menuju satu tempat. lelaki itu terus mengikuti jalannya air. dia ingin tahu ke mana air itu hendak pergi. akhirnya, air itu berhenti dan menggenangi kebun seorang petani. petani itu mengatur air yg datang utk menyirami tanaman yg ada d kebunnya scra merata.




lelaki itu mendekati petani yg berpakaian sederhana itu. dia menanyakan namanya.




si petani menjawab, "nama saya saleh."




betapa terkejutnya lelaki itu, kerana nama itu sama dgn yg disebut oleh suara dari langit tadi.




petani itu bertanya, "mengapa kau menanyakan namaku?"


lelaki itu lalu menceritakan kisah suara yg ia dgr dari sela-sela mendung tu.. lalu, dia menceritakan juga tentang mendung yg bergumpal-gumpal,hingga turun hujan. air hujan berkumpul menjadi aliran, dan mengalir sampai di kebunnya..




usah bercerita, lelaki itu berkata kpd petani tersebut.. " tolong katakan kepadaku wahai petani yg baik, apa yg kau buat dgn kebunmu?"




petani bernama saleh itu menjawab, "kerena kau bertanya, baiklah aku jawab. setelah aku menjual hasik kebunku dan mendapat wangnya. wang itu sepertiganya aku sedekahkan kpd fakir miskin. aku dan keluargaku makan sepertiganya, yg sepertiga lagi untuk biaya perawatan kebun."




lelaki itu berkata kepada pak petani, " sekarang aku baru tahu, mengapa suara yg datang dri balik mendung itu berkata "sirami lah kebun saleh"..wahai petani yg baik, Allah memberkahi bumimu,kebunmu,tanamanmu dan rezekimu...

Salam alaik....










herm...terasa pelik lak bile aq sanggup ngadap laptop nie ngan jari-jemari ku menekan keyboard tanpa henti...frankly speaking..aq nie bukan jenis yg suka mengarang esei panjang...apatah lagi nak buat blog ini...tp,,selepas sahabat-sahabatku xhenti2 suruh aq buat blog...so,,aq rajenkan diri gak nak buat benda nie...bak kate sema "jadiklah rajen mcm ambo"..hehehe....






huh...see..aq dah start blur..tu pasal aq xsuka tulis panjang2 nie...starting...bese lah tu... haha...n aq harap sgt2 kwn2 aq dapat lerh bantu...huhu...erm...KI pon dah x lame dah... x sabar pon ade gak nak balik ktt...nak jumpa sahabat2 aq...tunggu yer semua...hehehe...

wait for my next post ya~~ xbleyh tulis panjang2..nanti korang x larat nak bace lak...













I Luv My Family!