salam alaik~
seminggu lebey x bukak blog nie
sbb busy ngan exm..huu..
busy ngan hal dunia tp ilmu n bekal tuk
hari kelak harus tetap d cari n teroka..
syukur Alhamdulillah krna maseh dkurniakan
nikmat2 oleh-Nya...kita xde ape2 kat dunia nie..
semuanya pinjaman tuk 1 jangka masa yg sgt singkat
sahaja yg d kurniakan oleh ALLAH swt..
oleh itu,,gunakan lah segala nikmat2 itu ke arah
kebaikan n d atas jln yg d redhai-NYA..
lumrah hidup,,kadang2 kita d bawah,,
kadang2 kita d atas,,
kadang2 kita gembira,,
kadang2 kita berduka,,
kadang2 kita ada org2 yg senantiasa menyokong kita,,
kadang2 kita menemui kejayaan n kadang2 kita
menemui kegagalan serta byk lg lah kdg2 nye...
ingatlah...ALLAH swt senantiasa bersama dgn kita
bukan tuk waktu2 tertentu sahaja tp d setiap waktu kita..
betapa sayangnya DIA kpd hamba2NYA
walaupun kita selalu alpa dr mengingatinya...
Ingatlah, dugaan menjadi semakin kuat apabila kita semakin dekat kepasa Allah.
Ini menunjukkan Allah amat menyayangi hambanya yang
sentiasa ikhlas dan tabah dalam setiap ujian yang diberikan oleh-Nya.
Doa adalah senjata umat Islam.
Doa adalah perlu dalam menjalani kehidupan dunia dan tentunya
untuk menempuh kehidupan di akhirat yang kekal selamanya
dan seterusnya menyerah diri dan segala-galanya kepada Allah
dengan tetap melakukan kebajikan dan amal ibadat.
Ini kerana doa adalah menunjukkan kehambaan kita kepada Allah.
Disamping ia mengajar kita untuk bersabar.
Namun, sebagai seorang Islam yang percaya dengan ketentuan Allah,
kita harus bersifat redha dengan apa sahaja yang Allah berikan
kerana Allah lebih tau apa yang terbaik untuk hambaNya.
Ini sesuai dengan ayat-ayat Allah dalam Al Quran:
"Hanya Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus., yaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukannya jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat" (Al-Fatihah: Ayat 5,6 dan 7)
"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar" (Al-Baqarah: 153)
Betapa pun sibuknya aktiviti kehidupan kita setiap hari, jauh di sudut hati kita perlukan saat-saat bersendiri yang tenang. Namun, awas! Usah dibiarkan hati kita kosong dan mengelamun dengan sia-sia. Keadaan sedemikian memberikan ruang untuk syaitan menyelinap memasuki ruang hati, membisik dan memperdayakan kita. Nauzubillah! Sewajarnya kalian sentiasa meletakkan hati dalam keadaan peka terhadap ayat-ayat Allah:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّبِىُّ قُل لِّأَزۡوَٲجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ يُدۡنِينَ عَلَيۡہِنَّ مِن جَلَـٰبِيبِهِنَّۚ ذَٲلِكَ أَدۡنَىٰٓ أَن يُعۡرَفۡنَ فَلَا يُؤۡذَيۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورً۬ا رَّحِيمً۬ا
"Berdoalah kepadaKu, niscaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka dalam keadaan hina dina" (Surah Al-Mukmin ayat 60)